Sunday, June 8, 2008

SOAL HATI...

Salam sejahtera anda semua yang di rahmati Allah.Moga sihat walafiat lah hendaknya.Kalau ada yang tak sihat tu...sabar dan redhalah dengan ujian Allah. Mudah2an segala pengorbanan kita sebagai mama yang baik pada anak2 kita,suami dan rumahtangga kita di terima sebagai ibadah oleh Allah. Memohon pahala yang berlipat ganda daripada Allah yang maha esa,ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri,mama dan masyarakat.

Namun sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari sifat semula jadi manusia itu sendiri. Setiap manusia dilahirkan dengan sifat baik dan kurang baik...ke dua-dua telah ada dalam diri sejak terciptanya manusia. Walaupun demikian Allah telah membekalkan otak dan pemikiran untuk di gunakan menilai dan membuat keputusan kepada setiap sesuatu. Manusia itu di tuntut untuk mencari ilmu dan bertakwa kepada Allah.

Sifat manusia bertakwa itu dapat dilihat dari cara kita menerima hakikat sesuatu musibah...ke gembiraan ...masalah.....kematian...kehidupan...dan segala yang Allah telah tentukan. Mencari redha Allah dengan mengucapkan syukur atas segala yang yang telah di tetapkan, buruk dan baik semuanya ada hikmah yang tersembunyi.

Mama bertemu seorang sahabat hari ini,meluahkan segala yag terbuku di dalam hatinya.Mama hanya mampu mendengar. kebimbangan beliau terhadap kasih sayang suami kepadanya. Menyatakan rasa cinta yang sangat dalam terhadap suami. Kebimbangan suami akan beralih kasih.

Mama sangat mengerti apa yang di perkatakan oleh sahabat mama itu, bila iman masih sedikit...bisikan iblis menjadi semakin besar. Mempengaruhi kita untuk berfikir yang tidak baik..prasangka...jiwa menjadi resah gelisah. Kebergantungan kita terhadap Allah sangat rapuh. Keyakinan kita pada Allah sangat goyah. Sedangkan segala isi di dunia ini adalah kepunyaan Allah S.W.T. Dunia ini hanyalah tempat persinggahan..hanya sementara..hanya pinjaman.

Kasihi Allah lebih dari kita mengasihi suami kita....bergantunglah kepada kasih Allah.....Redhalah dengan ketentuan Allah...puji lah Allah....sanjungi lah Allah....rindulah kepada dunia yang kekal....
yang penuh dengan keindahan yang tak kan terungkap oleh tuturkata manusia....Janganlah kita melebih-lebihkan kasih sayang kepada manusia.....kerana manusia kepunyaan Allah....Kasih dan rindulah kepada sang pencipta...kerana Allah tidak akan menzalimi kekasihNya.

Jika tujuan hidup kita hanyalah kerana mencari keredaan Allah.....maka berbahagialah hati-hati yang mencntai Allah...tiada akan ada keluh resah...tidak akan ada prasangka buruk....Hati yang damai dan penuh merendah diri membuatkan kita rasa tenang dan redha sentiasa.

Dalam artikal kali ini..mama rasa sangat terpanggil untuk berkongsi mengenai soal hati.....Kerana hati adalah seketul daging yang paling penting dalam tubuh manusia.Jika hati tidak di didik dengan baik...amat payah untuk mendidik diri jadi manusia yang sentiasa berbuat baik....sayang seadanya terhadap suami dan anak...pada keluarga...pada jiran2...pada masyarakat umumnya.
Didik hati dengan penuh ketakwaan...maka isi dan segala ujian Allah akan dapat dihadapi dengan sabar dan tenang.

Moga kita akan dapat menjadikan diri kita lebih baik dari semalam dan hari2 sebelumnya...Memikirkan apakah kebaikan yang mahu kita lakukan esok dan hari-hari seterusnya.....sehinggalah kita di jemput untuk menemui Allah....Mama mengundurkan diri buat seketika...berdoa agar kita dapat bertemu lagi di lain artikal..Amin...Amin ..Ya rabbal alamin...Assalamualaikum W.B.T...

1 comment:

paan said...

salam mama.terima kasih atas komen yang telah mama berikan di blog saya.Komen dan kata-kata semangat yang mama berikan telah menjadikan saya lebih bersemangat dalam usaha menjadi seorang penulis yang berjaya.Saya hanyalah seorang insan biasa yang belajar untuk tabah dalam menghadapi segala liku-liku kehidupan,dan anak muda ini amat mengharapkan nasihat daripada mama yang telah dulu melalui ranjau-ranjau kehidupan..Untuk pengetahuan mama,umur saya baru 19 tahun.Saya lebih suka dipanggil paan je.Dan cita-cita saya adalah menjadi seorang usahawan muslim yang berjaya dunia dan akhirat.Doakan semoga saya akan tetap dijalan yang benar dan sentiasa dibawah lindungan ilahi.Semoga kita sama-sama berjaya mencapai matlamat yang telah kita tetapkan dengan mantap dalam hati kita.Salam sukses.wasalam.