Saturday, June 7, 2008

HERO MAMA BERCERITA

Assalamualaikum semua....hai......moga anda gembira dan bahagia hari ini. Mama okay je hari ni....mental....thumbs up...., fizikal....two thumbs up.... Maksudnya baik mental dan fizikal lah tu. Anak mama masih bercuti lagi ni...sekolah buka hari isnin yang akan datang.Tapi mama dah sound kat anak2 , pastikan segala kelengkapan sekolah dah di sediakan. Nanti tak de lah kelam kabut, pusing sana.... pusing sini cari stokin lah, pen lah...dll. Mama memang pantang bebenor lah.... bila kita cakap tu dia buat tak tau je........ selamba je muka dia.... ish.. ish.. urut dada mama di buatnya.. Sabar je lah... kalau tak sabar... memang dah.. kaki ku ke muka mu.... padan muka!

Mama memang selalu luangkan masa dicuti sekolah ni,bersembang2 dengan anak2... sambil main games. Dah boring main game.. kami buat sessi perbualan kreatif.. tak kira lah apa cerita pun, janji seronok. Bukan apa, harga barang2 dah naik... perbelanjaan terpaksa di jimatkan, nak gerak sikit duit..manalah tahan nak keluar hari2 kan.Jadi kita ni sebagai mama kena kreatif lah supaya anak2 tak boring duduk kat rumah....Tak pasal2 jadi pakar perancangan.... Apa boleh buat...dah terpaksa... karang kalau tak di rancang perbelanjaan...hujung bulan makan batu dengan pasir....siapa yang susah...mereka dan keluarga mereka juga yang susah.

Anak mama pun mulakan lah sessi penceritaan kreatif ni.....Pada suatu hari, ada tiga orang sahabat yang bernama Zaim,Azri dan Pian, pergi ke pekan menonton pertandingan bola sepak.Mereka sangat seronok kerana dapat menyaksikan pertandingan antara pasukan kampong mereka melawan pasukan dari kampong seberang.Oleh kerana terlalu seronok,mereka tak sedar hari dah senja.Mereka bertiga mengayuh basikal mereka dengan laju.Keadaan jalan gelap kerana lampu jalan di kampong mereka tak menyala sejak dua tiga hari lepas.

Ketika sampai dipersimpangan jalan masuk ke kampong mereka, azan maghrib sedang di laungkan.Beberapa meter lagi mereka akan melalui tanah perkuburan.Masing2 berdoa agar tiada apa2 yang akan menghalang perjalanan mereka.Senja2 macam ni ,tempat ni selalunya sunyi dan menggerunkan.

Tiba-tiba mereka ternampak seperti ada kelibat seorang lelaki sedang membelek-belek batu nisan dikubur yang masih baru.Mereka menghampiri lelaki tersebut,rupanya pak saad .Pak saad ialah penduduk kampong itu juga.Kemudian salah seorang dari mereka bertanya, 'pak saad buat apa tu', tiba2 pak saad menoleh, wajah nya yang pucat lesi kelihatan amat menakutkan.Kemudian dia menjawab, 'diaorang tulis nama pakcik kat nisan ni salah, nak kena betulkan balik ni'.Nanti kamu beritahu anak pakcik ye'.
Mereka berpandangan dan menjerit, tolong ! tolong ! hantu ! hantu !.Mereka berlari tanpa menoleh lagi kebelakang,basikal dicampak entah kemana.....

Dua hari mereka bertiga pengsan, bila dah sedar mereka pun menceritakan apa yang dah terjadi pada malam itu.Keluarga pakcik Saad dan orang kampung membuat kenduri untuk arwah pakcik Saad dan membetulkan ejaan yang di tulis di batu nisan tersebut.

Ruang tamu dimana kami anak beranak duduk mendengar cerita anak mama itu , sunyi sepi bagai berada di tanah perkuburan...seram juga ya ceritanya....mama pun tanya lah kat anak mama tu...cerita betul ke rekaan ni ...Cerita betul mama, bukan rekaan..ada kena mengena dengan orang yang telah meninggal dunia dan keluarga mereka yang masih hidup.Alamak patutlah berdiri bulu roma masa mama dengar tadi......cerita nyata.....seramnya....tapi shok...

Ok lah mama kena stop dulu kat sini...nak buat sarapan petang....lapar pulak perut dengar cerita tadi tu.....mama harap kita dapat berjumpa lagi di lain artikal......Assalamualaikum....bye..bye

No comments: