Assalamulaikum anda semua..moga pertemuan ini dapat kita manafaat kan bersama-sama.Bak kata alim ulamak,yang menyampaikan ilmu kepada orang harus beramal dahulu dengan ilmu yang disampaikan itu.Maksudnya berhati-hati dengan apa yang kita sampaikan....
Artikal kali ini , mama nak ceramah sikit...tapi mama bukan ustazah..sekadar berkongsi, dan apa yang mama dengar dari ceramah-ceramah kat tv..kat radio dan kat youtube ( canggih tak mama...kat youtube engkau..). Mama memang suka dengar ceramah agama ni...lebih2 lagi kalau penceramah itu di kurniakan pandai menarik hati pendengar-pendengarnya.
Tajuk mama kat atas mengenai rezeki...sejauh mana kita memahami tentang pengertian rezeki...di mata sendiri dan yang di nyatakan dalam AL-QURAN...Kebanyakkan dari kita kurang menghayati apa sebenarnya yang patut kita lakukan untuk mendapatkan rezeki itu...lebih-lebih lagi untuk mendapatkan rezeki yang halal.
Perkara yang pertama sekali,berbakti kepada yang maha ESA...walau macamana banyak pun duit kita...Allah akan tetap memberi rezeki pada kita..walaupun kita telah melupakan segala janji kita kepadaNYA. Namun yang paling penting dapatkah harta itu menyelamatkan kita...di dunia dan akhirat. Terfikir kah kita,bahawa kita seperti kacang lupakan kulit...tidak mengenang jasa kepada Allah yang telah memberi rezeki.
Kita hendaklah berbaik sangka terhadap Allah....jika DIA memberi kekayaan wajiblah kita berterimakaseh dan mengucapkan syukur.....melipat gandakan ibadah kepada NYA..Namun jika kita di uji dengan kemiskinan dan kepayahan, hendaklah kita redha...Allah menguji umatNYA...supaya kita tahu bersabar dan berusaha.....nikmatnya lebih manis ...kerana pahala sabar dan redha itu lebih besar dari segunung emas....
Kita selalu berfikiran.....bahawa...kalau mau kaya...usaha siang dan malam tanpa henti...kerja lebih masa...sampai melupakan segala tanggungjawab kita kepada Allah...tidak sembahyang..tidak berdoa kepada Allah..tidak bersedekah...dll.Memang kita boleh jadi orang kaya di mata manusia tapi menyedihkan kita di pandang sangat miskin di mata Allah, kerana Allah tidak memandang harta sebagai kekayaan....amal ibadah dan sedekah yang ikhlas itu lebih berharga.
Nampaknya panjang juga lah ceramah mama kali ini....moga dapat di manafaatkan oleh anda juga mama sendiri.Ilmu yang baik itu harus di kongsi bersama....mudah2an pahala ganjaran nya...sama2 lah kita mengamalkan yang di perintahkan dan menjauhi yang di larang...Sekian dan di harap berjumpa lagi di lain topik....Assalamualaikum...bye.
Thursday, June 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam mama.Lama mama tak wat post.hehehe.Nape mama post pagi-pagi buta??Menjadi tanggungjawab kita sebagai hamba untuk bersyukur atas segala nikmat yang telah ALLAH berikan.Pelbagai nikmat yang telah Allah berikan kepada hamba-hambanya,walaupun ada antara meraka yang tidak pernah mengucapkan syukur atas segala nikmat yang kita dapat.Kita juga kena ingat,bukan harta yang banyak yang boleh buat kita hidup lama atau hidup bahagia,kerana harta langsung tiada kuasa,tapi Allah lah yang berkuasa memberikan kita kebahagiaan dunia dan akhirat.Dan nikmat yang paling besar Allah berikan pada saya,pada mama dan juga sema umat Islam yang len ialah nikmat Islam dan nikmat Iman.Semoga kita digolongkan dalam golongan yang sedikit,iaitu golongan yang sentiasa bersyukur dengan nikmat pemberian Allah.
Post a Comment