Assalamualaikum....bertemu kembali di blog mama....moga anda sihat sejahtera dan bahagia di samping keluarga tercinta.Rasanya mama dah seminggu tak menjenguk blog mama dan tak menulis artikal....rindu juga ...Tengah tak de idea lah...beberapa perkara telah berlaku dinegara kita akhir-akhir ini.Sedikit sebanyak ianya telah mempengaruhi perjalanan hidup kita sehari-hari, cara kita berfikir, cara kita berkerja dan cara kita mengurus kewangan kita sebaik-baiknya.
Dalam keadaan yang amat tertekan apa yang kita perlu lakukan adalah berusaha dan berdoa kepada yang maha ESA agar kita dapat mengharungi kehidupan dengan sabar dan redha dengan segala ketentuanNYA...Dan disaat ini bagi mama, apa yang amat membantu kita adalah...motivasi dan bermotivasi........
Secara peribadi motivasi bagi mama ibarat makan nasi,setiap hari nak kena makan nasi...kalau tak makan lapar jer rasanya...macam ada yang tak cukup jer hari tu..Jadi kalau makan tu nak kena hari2...motivasi juga nak hari2..baru bersemangat...barulah boleh ceria..tak down....kerana motivasi buat kita berfikiran positif...aktif ...dan agresif....ooppps....agresif yang lembutlah.....
Namun bermotivasi itu tidaklah semudah yang di ucapkan, perlukan kesungguhan dan kesabaran untuk mempraktikannya....kena rajin membaca buku dan tengok blog2 motivasi yang ada di internet ni....Contohnya blog yang popular seperti IMOTIVASI...pengasas imotivasi ini seorang anak muda yang sentiasa sarat dengan idea2 dan motivasi2 untuk di jadikan panduan kepada pembaca2 blog secara percuma.Sila lah anda berkunjung ke blog IMOTIVASI dan kita boleh membaca pelbagai artikal yang kita mau sebagai rujukan...
Mama harap, apa yang terjadi hari ini dapat di jadikan pendorong kepada anak-anak kita yang masih bersekolah maupun yang belajar di institusi2 pengajian tinggi.......agar belajar bersungguh-sungguh....jangan ingat nak berseronok jer. Zaman akan datang persaingan akan bertambah banyak.....lihat sajalah berapa ramai anak-anak yang telah tamat pengajian nya di universiti...dan berapa ramai yang tidak mempunyai pekerjaan. Kena ada kelulusan di bidang akademik yang baik ....kemahiran tambahan, misalnya...jadi mekanik walaupun kelulusan dalam bidang ekonomi......Semua tu aset untuk kebahagiaan dan kehidupan di masa akan datang.
Harga barang-barang pasti akan bertambah mahal dimasa akan datang...mempunyai pekerjaan yang baik dan gaji yang tinggi dapat mengimbangi kesan kenaikan harga.Di samping berusaha dan bermotivasi, kesan perubahan zaman dan kos sara hidup yang melambung juga tidak dapat di elakkan.Maka apa yang kita perlu buat adalah...mempersiapkan diri dan bersedia menempuh cabaran di masa akan datang.
Mama rasa setakat ini dulu lah coretan dari mama ini.Moga dapat di pertemukan di lain ketika.
Mama harap kita akan jadi lebih tabah dan kuat menghadapi segala permasalahan yang timbul.Sampai jumpa di lain artikal....Assalamualaikum...bye....
Sunday, June 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam,lama betul mama menyepikan diri.hehehe.sibuk urus negara ke???yela negara kan tengah gawat...dengan isu politik,pastu isu minyak.dan macam-macam lagi...rajin betul mama promote blog imotivasi tu...hehehe.saya kadang-kadang down jugak dengan cabaran-cabaran yang muncul..untuk pengetahuan mama,29/6 nie,saya akan sambung study kat uitm shah alam...doakan saya berjaya kat sane..semooga saya dan mama akan sentiasa bermotivasi dalam menghadapi segala liku-liku kehidupan.wasalam
Salam,
saya track post Mama dari Google Blog Search.
Naik semangat saya baca ulasan blog saya yang ditulis oleh Mama. Thank You..
Hidup Mesti Ada Motivasi.
LiveStrong!
-Shueqry-
Post a Comment