Mama nak cerita tentang hal-hal yang bersangkutan dengan anak-anak muda....anak-anak remaja. Sebagai orang tua mama kene ambil tahu lah jugak tentang beberapa perkara yang jadi kegemaran anak-anak remaja kita...barulah kita boleh jadi kawan baik kepada anak-anak kita. Tujuannya supaya anak-anak mama boleh bercerita tentang apa saja yang mereka mau....dan cara borak mereka pun mama join juga...boleh lah sikit2...janji kita ambik tahu tentang perkembangan semasa remaja masa kini. Jadi mama boleh lah paham apa yang diaorang cakapkan..tak de lah..nganga je...tak faham la tu.
Apa yang mama perhatikan...budak-budak muda memang tak dapat dipisahkan dengan lagu-lagu. Kebanyakkan nya lagu-lagu cinta...memang masa remaja ni lah...orang kata mengalami pengalaman bercinta, jiwa remaja yang sentiasa nak mencuba sesuatu yang baru. Namun apa yang mama nak nasihatkan....berhati-hati dan sentiasa dapat mengawal diri agar tidak terjerumus ke situasi yang tak di ingini.
Sebagai orang yang paling dekat dengan anak-anak mama pun kene lah dengar lagu anak2 anak muda ni supaya mama boleh nyanyi sama2. Anak-anak mama kalau cerita tentang lagu ...oooiiii macam lepak dengan kawan2...selambe jer....But durang pun kene tau juga lagu lama2 ni.....ada yang durang suka ....ada yang durang gelak pulak. Biasalah zaman berubah dan penampilan penyanyi lama banyak berbeza dari zaman sekarang...bagi mama its normal...kita pun gelak lah juga ngan komen2 durang.
Mama seronok berbual ngan anak2 mama ni.sebab mama tak perlu cari bahan kajian kat luar..perangai durang mewakili anak2 remaja di luar sana. Berbagai peringkat umur dan berbagai peel. Walaupun begitu apa yang mama bangga dengan durang ni...never let there voice high than me...pantang betul. Satu benda ni lah kalau durang buat memang angin satu badan lah mama di buatnya. Syukurlah they understand about it...dan mama tak perlu cakap berulangkali mengingatkan.
Mama rasa sampai setakat ini lah dulu buat kali ini. Mama nak ucapkan jutaan terimakaseh pada kawan2 bloggers yang terus menyokong mama untuk menulis dan berkongsi pendapat dan pengalaman. Moga di pertemuan di-lain kesempatan....assalamualaikum wr wb..
No comments:
Post a Comment