Assalamualaikum para pembaca blog yg budiman,ribuan terimakaseh kerana menjenguk blog mama yg masih serba kekurangan ini.Minat yang mendalam dalam bidang penulisan ini dapat menghilangkan strees mama ketika menjalankan tanggungjawab sebagai mama di rumah. Jangan ingat tugasan sebagai suri-rumahtangga ini seperti tugasan kerani kat pejabat ke.. atau cikgu kat sekolah ke...ataupun bos-bos kat pejabat tu.Perbezaan nya amat besar sebab tugasan yang lain tu punya waktu rehat...tapi surirumah kalau rehat tengahari 1 jam pun dah kecoh rumah...pukul 5 rehat lagi...gi shopping..Tak ke haru rumahtangga di buatnya tu. Suami-suami patut menyedari hal ini...patutnya isteri di beri gaji bulanan ..paling sedikit rm 1000 sebulan. Barulah bersemangat....dan mama berani cakap lah, wanita seluruh dunia yang bergelar mama mesti setuju punya lah...Walaupun kami ni tak bergaji..tapi tak pernah buat mogok besar-besaran seluruh negara...bawak sepanduk tunjuk protes...kesian kat anak-anak dan suami...habis kalau kami dah mogok, siapa nak masak kat rumah...kebulur.....
Maaf lah intro mama tu panjang sangat...bukan marah tapi geram...dan ini bukan nya nak bebel tapi nak nasihat ( konon-konon lah tu ).......Sebenarnya apa yang mama nak cerita hari ini adalah berkenaan dengan kesan dari kenaikan harga minyak dan barang kat malaysia ni...Betulkah rakyat malaysia ni dah mengubah cara hidup mereka dengan cara berjimat cermat....Betulkah kita dah berfikir secara rasional dan wajar...Kalau betul ....mari kita tengok beberapa senario yang mama nampak di sekeliling mama.
Senario 1
KFC...mama tengok tak ada perubahan langsung...penuh je premis makanan segera tu...berduyun-duyun orang yang makan kat sana...Happy je mama tengok diaorang tu....macam tak de masalah..rilek semacam.... Makan kat KFC tu mahal...kalau makan tiga orang 'dinner plate' pun dah berapa...lebih baik beli minyak kereta...dapat juga pakai untuk 2-3 hari....Tapi orang kata, nak juga merasa makan kat KFC tu sekali-sekala.....masalahnya kalau dah 2 kali sebulan..belanjanya cecah rm 200...tak membazir ke...Si Nabil kata...lu pikir lah sendiri....
Senario 2
Kedai Emas....Hai kat premis ini pun ramai orang jugak ke...pelik mama di buatnya...banyak pulak duit diaorang ni ya...harga emas sekarang ni pun dah mahal sangat...mahal amat. Kita dah pening kepala menyusun jadual perbelanjaan sebulan...depa dok rilek je membeli-belah kat kedai emas...aduh..makin tension kita di buatnya.Kawan mama cakap "biarlah diaorang...kau ni cam jealous je" mama pun jawab " memang lah aku jealous...aku pun nak beli emas juga..huhuhuhu."
Senario 3
Pusat beli-belah...macam biasalah...ramai je manusia kat dalam tu,tak pernah berkurang pun.Sesak je mama tengok...kalau shopping tu , selagi tak penuh troli tu...tak sah shopping hari tu. Kalau shopping pagi, shopping kompleks tu baru buka pintu dia dah tercegat kat situ.... dah petang baru keluar..tak ke hebat tu rakyat malaysia berjimat cermat. Macam banyak sangat duit yang lebih tu.Heran betul lah mama di buatnya.
Mama cerita sedikit je contoh2 yang ada tu....banyak lagi yg boleh di perhatikan di sekeliling kita.
Dan kebanyakkan senario yang kita lihat tidak menunjukkan kesan kenaikan minyak di negara kita ini begitu membimbangkan.....( betul ke ni ). Kempen berjimat cermat rasanya perlu di adakan untuk menyedarkan orang ramai. Bagi mama apa yang membimbangkan ialahdi takuti ibu-bapa tidak mampu lagi untuk menyekolahkan anak-anak mereka di sebabkan masalah kewangan.Apa tidak nya, kesan dari kenaikan harga minyak ini mengakibatkan harga barang2 keperluan seharian juga naik. Mau ataupun tidak, kita terpaksa membeli. Mudah2an kita dapat menangani hal-hal seperti ini dengan baik.
Mama rasa cukup lah setakat ini dulu coretan dari mama buat masa ini. Mudah2an kita dapat bertemu lagi di lain masa...Diberikan kesihatan yang baik dan dapat menulis lagi di ruangan ini...moga berjumpa lagi...Assalamualaikum....bye..bye..
Tuesday, July 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment