Thursday, July 31, 2008

MAMA DULU DAN SEKARANG

Assalamualaikum wr wb....moga anda bahagia di samping keluarga tercinta. Mama bersyukur kerana mama masih lagi dapat menulis di ruangan blog mama ini,di berikan kesihatan yang baik dan kudrat yang masih kuat. Ada juga kawan-kawan seusia mama yang di beri dugaan dengan kesihatan yang kurang baik, mama harap mereka di beri kekuatan dalam menghadapi kesakitan dan kepayahan.

Coretan mama kali ini nak cerita pasal diri mama...yang dulu dan terkini. Wah! minggu suaikenal ke ni..nak kena kenalkan diri...heee... Bukan apa , cuma nak share pengalaman aje...tak lah hebat sangat tapi boleh lah sekadar nak buat drama swasta....Yo la tu!....

Oleh kerana mama ni orang biasa2 je...cerita mama ni tak de lah panjang sangat...pendek jer. Tak sempat nak boring cerita mama dah habis...macam tu lah betapa pendeknye cerita mama ni. Mudah2an tak membosankan dan ada iktibar dan pengajaran dari cerita mama ini.

Kalau dulu kerja mama setiap hari...mengurus keluarga...anak2,suami dan rumahtangga. Mama seronok sangat mengurus keluarga mama sampai mama tak tahu apa terjadi di sekeliling mama. Sibuk sangat ngan peralatan mama kat rumah tu...heeeee......pagi2 dah pegang pili air...masuk air dalam cerek...letak kat dapur..jerang air. Lepas tu bermula lah hari yang sangat sibuk. Orang kata 'tak kering tangan' lah mama di buatnya. Bila anak2 dah mula sekolah, kesibukkan mama di tahap maksima. Masa tu lah mama terpikir tentang 'pengurusan masa'...kalau tak pandai bagi masa,nak gi tandas pun tak sempat..heeeee

Sampailah anak-anak mama ke-sekolah menengah...masih tetap sibuk. Jangan tak tau pulak...anak remaja memang banyak songeh dan banyak minta nya. Kalau nak makan, ada jer yang dia nak, macam lah mama ni tak de kerje lain nak buat..nak layan tekak die....bengang beb....

Bila anak2 mama masuk universiti dan ke institut kemahiran, jadi kurang la sikit kerja mama...dan kepala mama ni tak de teruk sangat kesan ke 'tension'an mama tu....relex lah sikit....Tahun 1996 mama melahirkan anak mama yang 'down syndrom' tu...masa mama banyak habis kat hospital je....macam2 penyakit yang di syaki kat anak mama ini...Lebih kurang 6 bulan kat hospital...bayangkan lah tu...penat tak terkata mama di buatnya. Mama bersyukur kerana hasil didikan yang agak kejam (tegas dan garang tapi bijaksana--cewah)...heeeeee...anak2 yang besar sikit tu dah pandai buat kerje rumah dan berdikari.

Waktu tu memang agak menyedihkan tapi sempat juga mama join 'kumpulan sokongan' kat hospital. Maksudnye kalau ada pasien baru kat wad kami mama kami akan bagi kata-kata semangat dan membantu serba sedikit...Tujuan nya adalah untuk mengurangkan beban dari segi mental dan fizikal kepada emak atau penjaga pasien tersebut. Mungkin di sebabkan mama minat jadi masa mama kat hospital tu tak de lah membosankan sangat...motivator tak bertuliah.

Dan sekarang, mungkin masa untuk mama kembali ke alam nyata..heeee, mengetahui perkembangan dunia semasa dan bukan lagi hanya duduk kat rumah, terperap dan ketinggalan zaman.Pegang komputer pun takut..takut meletup....heee..tu dia...punye la jakun...Dan mama pernah dengar orang kata..'segala sesuatu itu ada masa yang telah ditetapkan'....Masa untuk mama lebih mengetahui erti kemodenan dan kecanggihan dunia 'maya'.

Mama belajar tak de lah formal macam budak2 kat sekolah tu...tak kan nak gi sekolah kan...dah tua beb...nanti mama kene buli pulak...heeee. Takut juga bersaing ngan budak2 mude ni...otak dah karat..mesti lembab nak terima ilmu dalam dunia IT ni. Dah tu, istilah IT ni macam-macam lah...bengkak juga otak mama nak hafal kan....So, belajar ngan anak-anak mama jer..Mesti diorang tak berani nak marah mama kan.....heee..cube lah kalau berani marah mama...sekeh sekali kang baru tau....ganaz punye mama...

So....ada beza tak...mama dulu dan sekarang, mesti ada kan...Orang kata ..jadi orang lame ni biar berilmu..tak kira lah apa pun ilmu yang kita cari...asalkan baik dan bermanafaat kepada diri sendiri dan orang yang berada di sekeliling kita. Baru lah....anak2 kita tak boleh nak 'cong' ( kelentong ) kite....Dan boleh juga ngajar kawan2 sebaya mama tentang dunia IT....ubah paradigma..kata orang sekarang...maksudnya lama tak semestinye dah tak boleh di guna lagi cuma perlu kan 'make over' dan di gayakan dengan cara yang moden...mesti tak kalah ngan yang baru...kan...betui dak...

Ok lah...banyak jugak yang mama bebel kan ni ye....mama harap anda semua tak bosan dengan coretan mama kali ini.Macam ni lah jadi nya bila idea tengah datang mencurah-curah...tak sedar...waktu maghrib dah masuk...kene berenti lah dulu ye...Mudah2an idea mama tak kering bila nak menulis dan dapat lah share ngan anda semua. Sampai jumpe lagi....Assalamualaikum wr wb....byeeeee







Thursday, July 24, 2008

YOUTUBE

Salam sejahtera anda semua,moga berbahagia selalu di samping keluarga. Mama sekeluarga sihat semuanya...alhamdulillah...kali ni mama tulis dalam huruf yang besar-besar....sebab apa...ada kawan-kawan mama yang kata tak nampak huruf kecik-kecik tu...laaaa ye ke....Rabun lah tu maknanya....biasalah tu kan usia makin muda ni....rahmat Allah di tarik sedikit demi sedikit.Sisa umur semakin sedikit...ilmu dan amal sepatutnya dah semakin banyak.Mudah2an kita dah lakukan apa yang sepatutnya kita lakukan.Insyaallah.....

Dalam dunia yang semakin moden,berbagai cara untuk kita mencari ilmu.Walau di mana kita berada dunia cyber memungkinkan segalanya..wah macam iklan tv pulak ye....Tapi kenyataan nya memang macam tu, cuma kita kena ambil tahu lah hal-hal berkenaan teknologi ni.....umur bukan alasan untuk tak ambil tahu. Kalau di fikirkan,.orang-orang macam kita ni lah yang patut ambil tahu...kalau dah tak larat nak jalan ke mesjid dengar ceramah...kita tengok je ceramah kat internet.

Kawan-kawan mama selalu gelak kat mama sebab beriya-iya sangat cerita pasal internet. Mama bukan lah kemaruk tentang benda-benda macam ni...cuma cuba untuk memberi idea agar kita jadi orang lama yang sentiasa mengetahui hal-hal baru...salah ke tu ya.....Mama rasa tak salah kan.Mama sekarang ni, dengar ceramah
kat YOUTUBE je, senang tak payah nak buang-buang duit minyak...duduk kat depan komputer,bukak internet...dah dapat dengar ceramah....kan senang tu...

Mungkin salah satu cara nak berjimat cermat....guna komputer...tak payah ke mana-mana , duduk kat rumah pun dapat selesaikan macam2 benda....nak bayar bil pun dah boleh pakai komputer sekarang ni...nak belajar masak...nak belajar macam2 bahasa pun ada....nak sembang dengan kawan-kawan pun dah senang...masuk kan alamat email...dah boleh ngumpat...ooopppsss...ni yang tak baik ni...jangan salah guna kemudahan yang ada.Pendek kata salah satu cara menjimatkan duit minyak...layari internet....tapi jangan salah guna, dan jangan biarkan usia kita berlalu dengan sia-sia.

Mama nak berihat lah dulu ya....moga kita di pertemukan lagi di lain kesempatan. Mama harap coretan mama kali ini dapat di manafaatkan untuk kebaikan kita bersama.Sampai jumpa lagi...Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh....bye..bye.





Tuesday, July 8, 2008

KESAN DARI KENAIKAN HARGA MINYAK-PELIK TAPI BENAR

Assalamualaikum para pembaca blog yg budiman,ribuan terimakaseh kerana menjenguk blog mama yg masih serba kekurangan ini.Minat yang mendalam dalam bidang penulisan ini dapat menghilangkan strees mama ketika menjalankan tanggungjawab sebagai mama di rumah. Jangan ingat tugasan sebagai suri-rumahtangga ini seperti tugasan kerani kat pejabat ke.. atau cikgu kat sekolah ke...ataupun bos-bos kat pejabat tu.Perbezaan nya amat besar sebab tugasan yang lain tu punya waktu rehat...tapi surirumah kalau rehat tengahari 1 jam pun dah kecoh rumah...pukul 5 rehat lagi...gi shopping..Tak ke haru rumahtangga di buatnya tu. Suami-suami patut menyedari hal ini...patutnya isteri di beri gaji bulanan ..paling sedikit rm 1000 sebulan. Barulah bersemangat....dan mama berani cakap lah, wanita seluruh dunia yang bergelar mama mesti setuju punya lah...Walaupun kami ni tak bergaji..tapi tak pernah buat mogok besar-besaran seluruh negara...bawak sepanduk tunjuk protes...kesian kat anak-anak dan suami...habis kalau kami dah mogok, siapa nak masak kat rumah...kebulur.....

Maaf lah intro mama tu panjang sangat...bukan marah tapi geram...dan ini bukan nya nak bebel tapi nak nasihat ( konon-konon lah tu ).......Sebenarnya apa yang mama nak cerita hari ini adalah berkenaan dengan kesan dari kenaikan harga minyak dan barang kat malaysia ni...Betulkah rakyat malaysia ni dah mengubah cara hidup mereka dengan cara berjimat cermat....Betulkah kita dah berfikir secara rasional dan wajar...Kalau betul ....mari kita tengok beberapa senario yang mama nampak di sekeliling mama.

Senario 1
KFC...mama tengok tak ada perubahan langsung...penuh je premis makanan segera tu...berduyun-duyun orang yang makan kat sana...Happy je mama tengok diaorang tu....macam tak de masalah..rilek semacam.... Makan kat KFC tu mahal...kalau makan tiga orang 'dinner plate' pun dah berapa...lebih baik beli minyak kereta...dapat juga pakai untuk 2-3 hari....Tapi orang kata, nak juga merasa makan kat KFC tu sekali-sekala.....masalahnya kalau dah 2 kali sebulan..belanjanya cecah rm 200...tak membazir ke...Si Nabil kata...lu pikir lah sendiri....

Senario 2
Kedai Emas....Hai kat premis ini pun ramai orang jugak ke...pelik mama di buatnya...banyak pulak duit diaorang ni ya...harga emas sekarang ni pun dah mahal sangat...mahal amat. Kita dah pening kepala menyusun jadual perbelanjaan sebulan...depa dok rilek je membeli-belah kat kedai emas...aduh..makin tension kita di buatnya.Kawan mama cakap "biarlah diaorang...kau ni cam jealous je" mama pun jawab " memang lah aku jealous...aku pun nak beli emas juga..huhuhuhu."

Senario 3
Pusat beli-belah...macam biasalah...ramai je manusia kat dalam tu,tak pernah berkurang pun.Sesak je mama tengok...kalau shopping tu , selagi tak penuh troli tu...tak sah shopping hari tu. Kalau shopping pagi, shopping kompleks tu baru buka pintu dia dah tercegat kat situ.... dah petang baru keluar..tak ke hebat tu rakyat malaysia berjimat cermat. Macam banyak sangat duit yang lebih tu.Heran betul lah mama di buatnya.

Mama cerita sedikit je contoh2 yang ada tu....banyak lagi yg boleh di perhatikan di sekeliling kita.
Dan kebanyakkan senario yang kita lihat tidak menunjukkan kesan kenaikan minyak di negara kita ini begitu membimbangkan.....( betul ke ni ). Kempen berjimat cermat rasanya perlu di adakan untuk menyedarkan orang ramai. Bagi mama apa yang membimbangkan ialahdi takuti ibu-bapa tidak mampu lagi untuk menyekolahkan anak-anak mereka di sebabkan masalah kewangan.Apa tidak nya, kesan dari kenaikan harga minyak ini mengakibatkan harga barang2 keperluan seharian juga naik. Mau ataupun tidak, kita terpaksa membeli. Mudah2an kita dapat menangani hal-hal seperti ini dengan baik.

Mama rasa cukup lah setakat ini dulu coretan dari mama buat masa ini. Mudah2an kita dapat bertemu lagi di lain masa...Diberikan kesihatan yang baik dan dapat menulis lagi di ruangan ini...moga berjumpa lagi...Assalamualaikum....bye..bye..

Thursday, July 3, 2008

WARNA-WARNA KEHIDUPAN

Assalamualaikum pembaca blog yang di hormati semua...moga anda berbahagia di samping keluarga dan tugas-tugas yang telah diamanahkan kepada anda.Samada anda seorang suri rumahtangga ataupun bekerja makan gaji,tugas yang di amanahkan adalah satu kewajiban yang mesti di laksanakan dengan jujur dan penuh rasa tanggungjawab....

Tajuk cerita mama kali ini adalah berkenaan warna-warna kehidupan....dapat juga di maksudkan berbagai ragam kehidupan atau bahasa yang puitis mengatakan ranjau-ranjau kehidupan.Sebenarnya apa saja yang kita lalui di dunia ini sudah tertulis di lohmahfuz ataupun sudah di takdirkan kepada kita.Allah telah mengatur segala-galanya untuk kita dapat bersyukur dan menyembahNYA...Tidak sombong bila kita ditakdirkan menjadi orang kaya...dan tidak mengeluh serta menyalahkan Allah bila di takdir hidup dalam kemiskinan.

Kisah orang-orang miskin yang membanting tulang empat kerat tapi hasilnya sedikit saja.Mungkin ramai dari mereka yang redha dengan keadaan itu tapi lebih ramai lagi yang menyalahkan tuhan kerana membiarkan mereka dalam kemiskinan.Terjadi lah berbagai masalah masyarakat yang terpaksa mereka lakukan disebabkan kemiskinan itu...merompak,meragut dan berbagai jenayah hanya untuk menyuap nasi ke mulut keluarganya.
Tapi adakah orang kaya itu tidak menimbulkan masalah....manusia jadi semakin tamak disebabkan kealpaan, dan kerana tidak bersyukur dengan rezeki yang Allah telah tentukan....Gejala rasuah dan jatuh menjatuh perniagaan sesama kawan sudah menjadi perkara yang tidak di hairankan lagi...Menjadi orang kaya yang sombong adalah sifat manusia yang tidak beriman dan di laknat Allah.Mereka ini tidak akan merasa aman dan tenang dengan harta yang mereka miliki.Nikmat kekayaan itu sudah tidak dapat di rasai lagi.Jadilah mereka orang kaya didunia tapi sangat miskin di akhirat.

Mama ni sekadar berkongsi pendapat...jika ada yang setuju,kita sama mengambil ikhtibar.Jika ada yangg kurang setuju...itu perkara biasa kerana sebagai manusia biasa kita memang mempunyai pendapat yang berbeza...dan satu kewajaran pulak jika kita menghormat pendapat masing-masing.

Akhir kalam...mama ingin nak ucapkan ribuan terimakasih kepada semua yang telah menyokong blog mama dan sudi membaca artikal-artikal yang telah mama tulis di ruangan ini.Walau pun serba kekurangan tapi mama cuba memperbaiki kelemahan yang ada.Sokongan serta teguran dari pembaca amatlah di alu-alu kan.Salam sejahtera dari mama dan moga bertemu di lain artikal.Assalamualaikum ....bye...bye...



Tuesday, July 1, 2008

SIMPLE ,SAMPLE DAN SEMPOI....

Assalamualaikum anda pembaca yang budiman...salam pertemuan....moga anda berbahagia di samping keluarga.Mama seperti biasa lah..sibuk dengan dapur..periuk-belanga...ikan dan sayur..dll...Walaupun sibuk dgn segala macam kewajipan rumah-tangga tapi ingin juga mama menulis di ruangan ini...sekadar bercerita dan berkongsi pengalaman..

Tajuk tulisan mama hari ini adalah perbezaan perkataan...simple..sample dan sempoi...Kalau kita salah sebut jer maksudnya dah jadi lain.Walaupun bunyinya hampir-hampir sama tapi maksudnya jauh berbeza...Mama nak bagitau lah sikit tentang perbezaan diaorang ni (diaorang????).....

1. Simple...perkataan ni perkataan bahasa inggeris....kalau d terjemah maksudnya mudah atau tidak rumit.Maka apa yang dinamakan simple itu sesuatu yg tidak susah untuk di fahami.Jadi kita pun gunalah perkataan tu dalam perbualan kita sehari-hari....contohnya..."aku pakai baju t shirt dengan seluar jeans, simple jer "... baju tshirt itu memang mudah di pakai...tapi kita ni kalau di beritau pakaian yg simple...mesti fikir pakai t shirt dan seluar jeans...habis tu pakai baju kurung tu payah sangat ke...rumit sangat ke nak pakai tudung...senang kan...Tapi kita tak pernah cakap..."aku pakai baju kurung jer, simple ..."...dah jadi salah kan maksud perkataan itu di dalam perbualan kita sehari-hari..

2 Sample....perkataan ni juga perkataan bahasa inggeris....kalau di terjemah maksudnya adalah contoh...contoh sesuatu barang sebelum kita menempah atau meng'order'...jadi di berikan satu contoh ataupun sample....dalam kehidupan kita sehari-hari pun kita ada menggunakan perkataan tu...contohnya..biskut raya nak kena buat sample bagi orang rasa dulu kesedapan biskut sebelum menempah....tapi yang harunya...sample tu sedap jer rasanya...yang bukan sample tu hancur rasanya...Macamana ni....sample bila jd bukan sample dah jadi benda yang berlainan....keliru juga di buatnya ni.....

3. Sempoi...perkataan ini, perkataan bahasa malaysia....tapi tu lah mama confuse juga cari dalam kamus tak jumpa makna nya.....Kalau nak ikutkan pengertian mama.......sempoi ni maksudnya....selambe atau ntah hapa2 ( betul ke ni...hentam jer lah.. ) Tapi kalau nak tau lebih lanjut kene tanya orang lebih tau...kena lah jenguk blog si Paan..muslim yang hebat atau komen ke usahawansempoi@yahoo.com....

Moral of the story...bahasa adalah sesuatu yg unik dan indah..jadi jangan lah mencemarkan bahasa yang indah ini.Kita selalu nak keluarkan bahasa-bahasa yang kesat bila bersembang atau pun tengah marah...Banyak perkataan yang elok-elok...berjuta perkataan yang baik-baik boleh guna.Kenapalah nak guna juga bahasa yang kesat dan menyakitkan telinga nak dengar...Ikut macam orgtua dulu-dulu..bila nak marah anak jer...dia cakap macam ni ' betuah betul budak ni....' atau 'cantiknya bahasa ' bila diaorang tengah marah kat anak2.Tapi sekarang ni kalau nak marah...habis keluar jin dan syaitan...apa taknya,ada yang menjerit memanggil...tak terkejut benda alah tu....

Mama rasa setakat ini dulu lah coretan mama....moga kita di pertemukan kembali di lain coretan.Salam sayang dari mama untuk semua....Assalamualaikum...byeeeeee